Posts

Showing posts from July, 2024

JAN

Pembaharuan Institusi  Banyak NGO mengkritik Kerajaan Madani kerana lambat melaksanakan Pembaharuan Institusi.   Berita baik!  Hari ini Parlimen hari ini meluluskan Rang Undang-undang Akta Audit 1957.   Undang-undang audit ini penting kerana ia memberi kuasa kepada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk mengaudit syarikat swasta atas alasan "mengikuti audit wang awam"  Biar saya jelaskan.  Ambil contoh, apabila JAN mengaudit kes 1MDB, kuasa mereka hanya terhad kepada agensi Kerajaan dan badan berkanun Kerajaan, bukan syarikat swasta seperti Good Star, Petro Saudis dll...  Hari ini, JAN mempunyai kuasa penuh untuk mengikuti jejak wang rakyat. Mereka boleh mengaudit semua syarikat swasta "ikut audit wang awam". JAN juga boleh mengaudit NGO yang mengambil wang awam dalam akaun dan aktiviti mereka. Ini akan memastikan lebih akauntabiliti dan ketelusan serta mengurangkan rasuah.  Kami juga masih ingat sepanjang 2015-2018, pegawai JAN berada di b...