ROAD TO KHALIFAH MELAYU ISLAM IN MALAYSIA
Gempar...!!!! Bekas Setiausaha DAP Mohamad Razali Bongkar Modus Operandi DAP.
Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman membongkar modus operandi parti itu untuk menawan Putrajaya.
Mohamad Razali membuat ceramah ini yang dirakamkan secara audio di satu tempat di ibu kota pada 27 Mac 2013.
Sinopsis
Pada 13 Mei 2011, Mohamad Razali telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown di mana beliau turut mengesahkan beliau merupakan salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei 2011 yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Majlis ‘doa’ itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah Hotel Red Rock di Jalan Macalister, Pulau Pinang.
Berikut adalah ringkasan modus operandi DAP sebagaimana yang didedahkan Mohamad Razali :-
1) Menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dalam tempoh 10 tahun
2) Malaysia sebagai sebuah negara Republik
3) Melantik Yang Dipertua Negeri daripada kalangan orang Cina sahaja
4) Menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dan menghina Institusi Beraja Malaysia adalah dari keturunan lanun/perompak
5) Melantik satu Presiden diberikan kepada orang Cina
6) Azan tidak dibenarkan dan diharamkan
7) Pertandingan Tilawah Al-Quran diharamkan
8) Mengharamkan Persatuan Kebajikan Islam & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA)
9) Perkahwinan campur digalakkan
10) Kebebasan beragama & menggalakkan pluralisme
11) Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan
12) Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan dalam sistem pendidikan Malaysia
13) Chin Peng, Pemimpin Tertinggi Parti Komunis Malaya (PKM) akan dibawa ke Malaysia dan diberikan gelaran Tun.
14) MARA akan ditutup dan nama MARA akan dihapuskan dianggap sebagai rasis.
15) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sepenuhnya akan diterajui oleh orang Cina dan India.
16) Lagu Negaraku dan bendera Malaysia akan diubahsuai dan digantikan dengan Lagu Malaysia baru.
17) Rejimen Askar Melayu akan ditukar dan dibuang perkataan Melayu
18) Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan dipegang oleh orang Cina sahaja.
19) Mengurangkan kakitangan kerajaan terumatanya kakitangan Melayu. Contohnya Kementerian Pendidikan.
20) 3 agensi; Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Biro Tatanegara (BTN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan ditutup
21) Dua hari perayaan orang Kristian; “Good Friday” dan “Easter Day” akan diumumkan cuti umum
22) Base tentera Israel akan diwujudkan
23) Majlis Agama Islam akan dibubarkan digantikan Majlis Antara Agama
24) Mahkamah Syariah akan digantikan Mahkamah Sivil
25) Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
26) Parti yang berteraskan agama seperti PAS akan digantikan kepada parti yang lebih liberal
27) Perintah buka banyak warganegara kepada negara Taiwan, Hong Kong dan Singapura memohon sebagai rakyat Malaysia
28) Membuat persempadanan semula di kawasan bandar sahaja
29) Melantik Menteri Agama Malaysia yang baru kepada orang Cina. Manakala Timbalan Menteri Agama kepada orang India
Pembongkaran Seterusnya anda boleh baca di sini, klik link dibawah ini..
http://anwaraidc.com/2015/04/06/mohamad-razali-bongkar-modus-operandi-dap/
-Tok Guru.
Comments
Post a Comment